大发快三China, Itali Tingkatkan Kerjasama dalam Isu Antarabangsa

  • 时间:
  • 浏览:22

China menyokong badan legislatif China dan Itali mengeratkan pertukaran pengalaman dalam penggubalan undang-undang dan pentadbiran negara khususnya usaha bagi menggalakkan kerjasama ekonomi dan kewangan serta pertukaran sosiobudaya.

Presiden China, Xi Jinping berkata demikian dalam pertemuan dengan Presiden Dewan Perwakilan Itali, Roberto Fico di Rom semalam.

Beliau berharap kedua-dua pihak meningkatkan interaksi dan koordinasi dalam pertubuhan parlimen pelbagai hala agar menyumbang kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran dunia.

Fico mengalu-alukan lawatan Presiden Xi ke Dewan Perwakilan Itali dan yakin lawatan beliau akan melonjakkan hubungan bilateral ke satu tahap baharu. Dewan Perwakilan Itali komited

merancakkan pertukaran dan kerjasama ekonomi, perdagangan dan kebudayaan kedua-dua negara dalam rangka inisiatif Jalur dan Laluan, meningkatkan interaksi dan penyelarasan dalam menangani isu perubahan iklim dan Agenda Pembangunan Mampan 201000 PBB serta mendorong kerjasama Kesatuan Eropah (EU) dengan China.